PAK 20 LEBIH BAIK ATAU PAK 21?

                                       


PEMBELAJARAN ABAD KE 20

PEMBELAJARAN ABAD KE 21

BERPUSATKAN GURU

         guru pemberi maklumat atau informasi tanpa melibatkan murid dalam proses PdP

     murid-murid tidak dibenarkan bercakap ketika proses Pdp

     guru tidak menerapkan komunikasi dua hala ketika proses PdP

BERPUSATKAN MURID

         tiada lagi istilah mendengar guru bercakap dan murid menyerap makumat semasa proses PdP

        guru sebagai fasilitator serta murid mencari maklumat sendiri di bawah kawalan guru

 

ARAHAN LANGSUNG

·         guru kekalkan kawalan terhadap proses pengajaran dan memantau pembelajaran murid sepanjang PdP

·         guru perlu mereka cipta perkembangan pengajaran yang seiring dengan umur murid dan berperingkat-peringkat

SECARA KOLABORATIF

·         melalui kerjasama dan muafakat antara guru-murid dan murid-murid secara aktif dan menyeluruh

·         membolehkan pertukaran idea dan pandangan antara murid

BERFOKUSKAN PENGETAHUAN

·         sangat mementingkan pengetahuan, mengetepikan kemahiran dalam kehidupan mereka

·         murid-murid akan membaca buku sebanjang masa jika mereka mempunyai ujian atau peperiksaan

BERFOKUSKAN KEMAHIRAN

·         berteraskan kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi dan kemahiran hidup dan kerjaya

·         pendedahan tertumpu terhadap ICT berbanding dahulu di mana literasi diguna pakai

MEMFOKUSKAN KANDUNGAN PEMBELAJARAN (TELAH DITETAPKAN)

·         contohnya adalah kandungan dalam KBSR

·         Pengajaran guru (KBSR) berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan

·         Pembelajaran murid berlangsung mengikut perancangan yang dibuat oleh guru berdasarkan kedua-dua dokumen itu

MENEKANKAN PROSES DALAM PDPC

·         pembelajaran lebih kepada bentuk pentaksiran

·         perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan PdPc  lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan

MENEKANKAN KEMAHIRAN ASAS

·         kemahiran difokuskan kepada murid dalam kemahiran asas iaitu kemahiran 3M yang membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan mengira

BERFOKUSKAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN ARAS TINGGI

·         guru perlu menyediakan pembelajaran menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

·         Guru perlu memastikan muridnya mahir untuk mencari maklumat yang berkaitan dan menilai sama ada maklumat yang diperoleh itu cukup atau tidak untuk melaksanakan tugasan yang diberi

SECARA TEORI

·         Murid-murid hanya belajar secara teori dan tidak praktikal terhadap sesuatu pengajaran

·         Tamsilnya, subjek Sains, guru mengajar tentang fotosintesis tanpa melakukan sebarang eksperimen sebagai pembuktian proses tersebut

·         murid-murid hanya belajar secara teori dan tidak praktikal.

SECARA PRAKTIKAL

·         guru memberi peluang kepada murid itu sendiri untuk meneroka sesuatu perkara dibawah panduan guru

·         murid menggunakan pelbagai deria mereka di samping memanipulasikan bahan-bahan yang disediakan memberi peluang kepada mereka untuk mengalami pengalaman pembelajaran yang sebenar dan bermakna

MURID-MURID BELAJAR SECARA INDIVIDU

·         murid-murid tidak didedahkan dengan melibatkan aktiviti berkumpulan di dalam kelas

·         contohnya, guru memberi lembaran kerja kepada murid manakala lembaran kerja tersebut perlu disiapkan oleh murid secara individu

·         murid kurang berkomunikasi antara satu sama lain

MENEKANKAN AKTIVITI BERKUMPULAN

·         guru boleh menerapkan nilai positif dalam diri murid seperti bertanggungjawab terhadap tugasan dalam kumpulan

·         murid perlu terlibat secara aktif atau seimbang & bersikap terbuka menerima idea dan pandangan rakan-rakan

·         mengeratkan silaturrahim dalam kalangan mereka

PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH

·         sesi pengajaran dan pembelajaran hanya berlaku di dalam bilik darjah bagi semua subjek

·         berkemungkinan kerana faktor sekolah mengalami kekangan wang untuk membina makmal sains atau makmal komputer dan lain-lain

BELAJAR DALAM KOMUNITI

·         aktiviti- aktiviti dijalankan secara kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah

·         Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilikdarjah untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum serta aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian murid

PENTAKSIRAN SECARA SUMATIF

·         dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun

·         memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan

·         menekankan kepada tingkah laku kognitif sahaja

PENTAKSIRAN SECARA KOGNITIF

·         melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran yang terhad misalnya satu unit pelajaran atau satu bab di dalam buku teks

·         Keputusan yang diperoleh digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukanlah untuk memberikan gred atau kedudukan di dalam kelas

MENEKANKAN MURID BELAJAR UNTUK SEKOLAH

·         bertumpukan kepada murid belajar hanya untuk lulus matapelajaran disekolah

·         Murid akan merasa tertekan kerana mereka terpaksa menelaah banyak perkara yang akan disoal didalam peperiksaan dan PdP dengan sendirinya akan menjadi bosan dan tidak menarik

·         guru bekerja keras untuk menghabiskan kurikulum peperiksaan namun terdapat tajuk-tajuk tidak dapat diajar yang dianggap kurang penting dan pelajar boleh menelaahnya sendiri

BELAJAR UNTUK MENGAPLIKASIKAN DALAM KEHIDUPAN

·         Murid dilatih untuk belajar berdasarkan Taksonomi Bloom

·         murid perlu mengingat,  memahami, mengaplikasi, menganalisi dan mencipta dalam proses PdPc

·         hal ini dapat membantu murid mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam kehidupan bukan sahaja untuk menghadapi peperiksaan

KELAS TRADISIONAL

·         Susunan kerusi meja adalah rigid dan mengikut baris demi baris Interaksi guru-murid hanya boleh dilakukan sehala

·         Menggunakan kaedah syarahan dan kaedah secara kelas

·         Penglibatan murid dalam aktiviti PdP amat kurang

·         Potensi JERI+S sukar untuk dikembangkan

KELAS FUTURISTIK

·         Mempunyai ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian untuk murid-murid, ruang untuk aktiviti dan ruang untuk bahan-bahan pembelajaran

·         Persekitaran bilik darjah yang positif supaya murid dapat melalui proses pembelajaran dengan baik.

·         Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar

·         Kemudahan TMK


Comments

  1. PAK 20 lebih berkonsepkan konvensional sedangkan PAK 21 lebih bersifat futuristik... Saidina Umar Al-Khattab berkata:Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau.

    ReplyDelete

Post a Comment