PENGAJARAN & PEMBELAJARAN AKIDAH

 



OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1. membentuk akidah Islam yang betul di kalangan pelajar
2. membekalkan pelajar dengan ilmu akidah yang lengkap dan mendalam
3. menanamkan keyakinan dan roh keislaman yang jitu ke jiwa pelajar
4. membentuk pekerti mulia berlandaskan tuntutan akidah

CADANGAN KAEDAH

a)Kaedah soal jawab
  • kaedah di mana guru mengemukakan soalan , manakala pelajar pula memberi jawapan. 
  • Kaedah soal jawab juga biasanya berdasarkan kepada dialog dan perbincangan untuk mendapatkan jawapan serta fakta yang tidak dapat diragui kebenarannya atau dikritik lagi. 
  • Proses pangajaran dan pembelajaran dengan kaedah soal jawab disepadukan dengan kaedah perbincangan kerana ia dapat menambahkan lagi keberkesanan pembelajaran di samping membantu meningkatkan kecerdasan otak, mencongkil bakat dan dapat menghidupkan suasana pembelajaran. 
b)Kaedah Perbincangan

 Menggalakkan perkembangan mental.
 Memupuk pemikiran kritis, analitis dan kreatif.
 Menggalakkan perkongsian pendapat.
 Mengikis sikap angkuh dan mendorong dan menerima pandangan orang lain.
 Membolehkan kewujudan idea yang lebih bernas dan berguna.
 Menggalakkan pemupukan pemikiran yang rasional.
 Menajamkan kemahiran untuk mengemukakan satu-satu pandangan dalam kumpulan.
 Memupuk semangat kerjasama antara ahli dalam kumpulan.


c)Kaedah Syarahan
  • guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi penerangan, huraian dan penjelasan kepada pelajar
  • bentuk penyampaian atau penerangan mengenai statu isi pengajaran secara lisan oleh guru.
  • Pembelajaran mengenai kaedah ini merupakan kebergantungan pelajar kepada guru, secara tidak langsung ia boleh melahirkan rasa hormat dan sanjungan pelajar terhadap guru.
Tujuan kaedah syarahan untuk :
a) merangsang pelajar meneruskan pembelajaran
b) menjelaskan dan membuat rumusan pelajaran
c) membuat penelitian dan ulangkaji
d) mengembangkan isi pelajaran
e) menyampaikan maklumat yang telah dirancang.

CADANGAN KAEDAH PAK21

KAEDAH TAYANGAN SLIDE
sila klik di sini untuk melihat contoh slide > RUKUN IMAN
kelebihan > penerangan serta slide menarik minat pelajar


Comments