CADANGAN KAEDAH BERSESUAIAN
Permainan
- Belajar sambil bermain merupakan satu kaedah atau teknik yang baik untuk melatih murid sebagai seorang manusia dan menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kaedah ini dapat mengembangkan banyak kemahiran murid seperti psikomotor, sosial, interaksi dan komunikasi. Sesuai untuk pringkat rendah.
- Contoh kaedah permainan bagi Huruf Tunggal ialah permainan boling, Tenteng , Main kad dan Kereta api. Manakala contoh permainan bagi Kemahiran Suku kata ialah Sahibba dan pancing ikan
i) Persediaan sebelum iaitu pilih permainan yang sesuai dan sediakan alatan yang sesuai beserta dengan peraturannya.
ii) Perlaksanaaan: Murid memulakan permainan setelah diberi penerangan oleh guru. Guru membimbing dan mengawas dan menilai hasil permainan serta mengisytihar pemenangnya.
iii) Selepas permainan: Guru mengadakan perbincangan dengan murid dan membuat rumusan. Setelah itu murid mengemaskan alatan permainan.
Nyanyian/nasyid
- Selaras dengan minat mereka, pengajaran jawi boleh disampaikan dengan cara menyanyi lagu yang sesuai supaya murid dapat mengingati huruf-huruf jawi ,mengeja perkataan dan sebagainya. Contohnya lagu ‘Rasa Sayang Jawi”.
i) Guru menayangkan senikata lagu dan memdengarkan lagu tersebut kepada murid secara berulang-ulang.
ii) Guru menyanyi bersama dengan murid secara kelas, kumpulan dan invididu.
iii) Setelah selesai bernasyid guru boleh berbincang berkait dengan isi nasyid yang dinyanyikan itu.
iv) Murid dikehendaki menulis lirik lagu tersebut dalm tulisan jawi sebagai pengukuhan.
ADD dan MDD Akhbar Dalam Darjah dan Majalah Dalam Darjah
- Akhbar Utusan Malaysia biasanya mengadakan akhbar sisipan bertulisan jawi satu kali dalam seminggu. Ianya banyak membantu guru dalam pengajaran.
- Selain itu juga guru juga boleh menggunakan keratan berita yang ada di akhbar untuk ditulis semula dalam tulisan jawi atau tulisan jawi dirumikan.
- Murid bukan sahaja mendapat kemahiran menulis jawi tetapi juga mendapat ilmu pengetahuan dan maklumat yang ada dalam akhbar atau majalah tersebut.
i) Guru mencari akhbar-akhbar yang bersesuaian untuk digunakan oleh murid.
ii) Guru menyuruh murid mencari berita yang menarik dalam akhbar untuk ditukarkan ke dalam tulisan jawi atau dari jawi kepada tulisan rumi.
iii) Murid diminta untuk saling bertukar hasil kerja dengan kawan-kawan dan menyemak hasil kerja kawan-kawan.
iv) Guru membuat pembetulan jika ada kesilapan. Guru membuat rumusan.
CADANGAN KAEDAH PAK21
KAEDAH TAYANGAN VIDEO
sila klik di sebelah untuk melihat contoh > JAWI TAHUN 3
kelebihan > menarik perhatian murid iaitu penggunaan kaedah berbeza berbanding melihat guru mengajar di dalam kelas
Comments
Post a Comment